Istimewa = Special

Standard

Semua orang saya yakin mahu menjadi yang teristimewa.

Dan ini menyebabkan kita berusaha sedaya-upaya untuk menarik perhatian orang lain agar melihat kita juga sebagai orang yang istimewa.

Namun, kadangkala apa yang kita buat itu tidak mendapat sebarang perhatian pun. Mengapa? Hal ini kerana kita cuba untuk menjadi orang lain sedangkan kita ada identiti yang tersendiri.

Tak faham kan?

Ok, saya cuba bagi contoh, katakanlah kita berminat untuk menjadi seperti Maher Zain. Maka, kita pun mula mengambil inisiatif untuk berpakaian macam dia, nyanyi lagu dia dan sebagainya.

Senang cerita, kita cuba untuk copy paste peribadi Maher Zain ke dalam diri kita sepenuhnya.

Namun sudah tentu, orang akan nampak kita ini biasa-biasa sahaja sebab kita tiada nilai yang tersendiri. Dan orang pun akan membandingkan pencapaian Maher Zain dengan diri kita.

Mereka mungkin akan berkata di dalam hati:
Suara pun biasa-biasa, cipta muzik tak pandai, cakap English pun lemah tapi ada hati nak jadi macam Maher Zain.

Ketahuilah bahawa barang tiruan tidak akan sekali-kali dapat menyaingi barang yang tulen. Manakan sama emas yang tulen dengan emas tiruan. Harga pun berbeza!

Sidang pembaca sekalian,

Saya dahulu antara orang yang senang mengagumi orang lain dan cuba untuk mencontohi mereka yang mana ada di kalangannya yang mendapat kejayaan peperiksaan yang hebat, memiliki suara yang sangat sedap, pandai berbicara dan lain-lain.

Usaha punya usaha, saya menemui kegagalan, mungkinlah dapat sedikit tapi kita akan tetap rasa sedih sebab tak berjaya macam mereka.

Kerana mustahil untuk menjadi seperti mereka 100%!!!

Sebabnya suara kita berbeza dengan mereka, tabiat kita berbeza, latar belakang kita berbeza, emak dan ayah pun berbeza dan kebanyakkan aspek kita denga mereka adalah tidak sama. Dan ini termasuk dalam aspek kepandaian, kecenderungan dan lain-lain.

Oleh itu, kita perlu cuba untuk mencari apa kelebihan yang kita ada dan cuba untuk kembangkan. Dan ketahuilah bahawa setiap kita ada sesuatu.

Cuba cari ia dan jadilah diri anda yang tersendiri yang akan menyebabkan orang lain memandang anda sebagai orang yang istimewa.

Maka, usah sibuk melihat kejayaan orang lain, tetapi ciptalah kejayaan anda yang tersendiri!
Saya tutup dengan Firman Allah dalam surah At-Tinn ayat 4:

“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

Yakinlah bahawa anda adalah orang yang istimewa! Maka, jangan hilangkan keistimewaan anda dengan cuba menjadi orang lain.

Wallahu a’alam.

p/s:Maaf kalau ayat agak tak tersusun. Harap dapat faham mesej yang dinyatakan😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s