Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Standard

Entah kenapa, hari ini saya terinspirasi dengan peribahasa ini iaitu, ” Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan”.

Bila kita telusuri peribahasa ini dengan sedalam-dalamnya, kita akan menemukan bahawa peribahasa ini ada kebenarannya.

Sebagai contoh,cuba bayangkan diri kita sekarang ini berada dalam keadaan lapar, perut kita berkeroncong dan berbunyi. Maka, kita mula MAHU makan, untuk mengenyangkan perut dan memudahkan kita fokus untuk melakukan kerja yang masih belum siap. Lalu, kita pun mula berfikir mahu makan apa, kat mana boleh jumpa makanan tersebut dan mula bergerak untuk mendapatkan makanan tersebut. Mudah bukan? Sebab kita dah biasa makan setiap hari.

Dari situ, mari kita implementasikan peribahasa ini dalam setiap apa yang kita ingin lakukan. Walau sesusah mana pun, perkara tersebut, nescaya ada jalannya. Tinggal kita sahaja yang perlu mencari jalan tersebut dan bergerak melaluinya.

Sedangkan nak pergi ke mana-mana atas dunia pun kita boleh sekarang. Tinggal kita sahaja yang mahu dan mencari jalan.
Usah putus asa, kerana walaupun anda tak jumpa jalan tersebut lagi, jalan itu memang ada dan sudah ada orang yang jumpa jalan tersebut.

Sebagai contoh, anda mahu melanjutkan pelajaran di Kanada. Kalau kita, betul-betul mahukan, maka kita akan cari seribu jalan untuk berjaya mencapai apa yang kita kehendaki, boleh juga kita cari orang yang pernah belajar di Kanada untuk menunjukkan jalan buat kita.

Namun, kadangkala kita jumpa jalan, tapi kita belum mampu untuk melalui jalan tersebut, maka persiapkanlah diri anda secukupnya untuk melalui jalan itu.

Akhir kata, selamat mencari jalan yang anda mahukan😀

p/s: Rupa-rupanya ini post yang ke-200. Alhamdulillah,moga saya terus istiqamah. Doakan ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s