Tafsiran Kemerdekaan

Standard

31 Ogos 2012

Tarikh itu datang lagi.

Laungan “Merdeka, Merdeka dan Merdeka” kedengaran untuk kali ke berapa entah dalam hidupku.

Seringkali aku tertanya dalam diri, “Untuk apakah sambutan ini diadakan?”

Memang betul aku ada mempelajarinya dahulu dalam pelajaran Sejarah, tentang pengorbanan yang dilakukan oleh nenek moyang kita agar negara ini mendapat kemerdekaan dari jajahan British.

Namun, setelah lebih 54 tahun, negara Malaysia menyambutnya, aku tidak melihat apakah rasionalnya sambutan ini untuk generasi baru sepertiku ini.

Bagi kami sambutan ini adalah sekadar sebuah tradisi lama yang harus diteruskan saban tahun sebagai sebuah pengenangan dan penghargaan buat generasi dahulu.

Biarlah. Nak buat buat, tak nak buat sudah.

Yang penting, aku boleh buat apa aku suka.

Dan itulah aku di waktu dahulu.

Namun, pada hari ini aku mula melihat erti kemerdekaan dalam erti yang lebih meluas. Bukan sekadar terhad pada sempadan geografi tetapi lebih daripada itu iaitu penghambaan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. sebagai Tuhan Yang Maha Esa!

Dari situ, kita akan merdeka dari semua aspek yang membelenggu kita kerana kita memilih untuk mengikuti segala ajaran Rasul yang sememangnya mengikut fitrah semulajadi kita di atas muka bumi ini.

Cukuplah dua ayat ini sebagai bukti tujuan hidup kita atas muka bumi ini.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Zariat:56)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.(Al-Baqarah:30)

Maka, bila kita mula bergerak dengan dua tujuan ini sebenar-benarnya maka dari itulah, kemerdekaan hakiki berjaya dicapai oleh seseorang hamba kepada Allah s.w.t.

Dan apbila setiap elemen termasuk diri,keluarga, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya mengikuti agama Allah itu, baharulah dunia akan mendapat kemerdekaan yang sepenuhnya,

Sebagaimana yang dikatakan oleh Rabi’ bin Amir ketika bertemu dengan Rustum, panglima perang Rom:-

“Kami datang untuk membawa kalian keluar daripada penyembahan sesama manusia kepada penyembahan hanya kepada Allah yang Esa. Membawa keluar kalian daripada kesempitan dunia, kepada keluasan dunia dan akhirat. Juga, membawa keluar manusia daripada kezaliman agama-agama, kepada keadilan islam”.

Demikianlah tafsiran kemerdekaan buat diriku. Maka, apa pula tafsiran kemerdekaan menurut anda?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s