Kopi Yang Menyegarkan

Standard

Image

Kopi Yang Menyegarkan

Sejak keberadaan saya di luar negara, saya telah membiasakan diri meminum kopi sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

Seandainya tiada kopi pada hari itu, saya merasa ada sesuatu yang kurang dalam diri saya. Mungkin pengaruh kafein yang didambakan oleh otak supaya hajatnya dipenuhi.

Lalu saya berfikir, setiap dari kita sentiasa memerlukan sesuatu untuk menyegarkan kita. Mungkin dari tidur yang cukup, makanan dan minuman yang mengenyangkan dan sebagainya.

Melihat dari sudut lain, kita perlu memastikan juga sudut rohani kita agar sentiasa segar dan bugar.

Dan tidak dapat tidak kita perlu menyegarkan ia dengan bacaan Al-Quran, qiam di malam hari, solat berjemaah di masjid, zikir dan sebagainya.

Tidak cukup dengan secawan kopi untuk menyegarkan kita tapi ia perlulah datang dengan pakej rohani yang akan membantu kita menghadapi kehidupan ini dengan lebih baik.

Moga bermanfaat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s