Menerima Emosi

Standard

Image

Emosi adalah sebahagian dari diri kita. Tanpanya mungkin kita tidak bergelar sebagai seorang manusia yang sebenar.

Emosi.

Ada emosi yang positif dan ada emosi yang negatif.
Kebiasaannya kita banyak menerima emosi positif dan kita menolak emosi yang negatif.

Sebagai contoh, emosi gembira.

Kita menerimanya dengan sepenuh hati perasaan emosi tersebut, sehingga ia terpancar ke seluruh anggota badan dan apabila orang lain melihatpun mengetahui bahawa dia sedang bergembira.

Namun berbeza pula, apabila kita menghadapi emosi yang negatif. Kita sering menolak emosi tersebut atau mengekangnya. Hingga tanpa kita sedari, emosi tersebut mampu merosakkan diri kita.

Sebagai contoh, kita merasa sedih atas sesuatu kejadian. Namun kita membiarkannya dan kita mengekangnya tersimpan dalam diri kita supaya orang lain tidak tahu. Lalu kita cenderung mengambil sikap berdiam-diri dan membiarkannya sehinggalah ia pergi.

Dan apabila kesedihan yang lain datang, emosi sedih yang sebelum ini masih belum dirawat dengan sebaiknya menjadi lebih besar lukanya.

Lalu emosi sedih tersebut mampu merosakkan kita sehingga kita bertindak di luar batas rasional manusia.

Nasihat saya, terimalah perasaan sedih itu dan layanilah seketika dan berikanlah haknya. Moga dengan itu, sedih itu menjadi suatu yang bermanfaat buat diri kita.

Ada sebab Allah mencipta emosi tersebut. Mungkin dengan emosi ini, kita dapat menyelami hati orang lain yang kesedihan serta mampu membantu mereka yang lain.

Terima emosi tersebut dan cari apa pelajaran yang kita boleh dapat dari emosi tersebut.

Terima emosi yang kita sedang marah, sakit, bimbang, gementar dan lain-lain.

Kerana itulah bukti kita adalah seorang manusia ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s