Kenderaan Yang Diminati

Standard

bus

Kita memerlukan kenderaan untuk bergerak ke tempat yang jauh.

Seandainya ditanyakan kepada anda, apakah kenderaan yang anda sukai untuk dinaiki bagi sampai ke destinasi yang ingin dituju?

Maka saya akan menjawab, sebuah bas.

Bas bagi saya adalah tempat untuk memerhati dunia dari satu sudut yang berbeza.

Kita mampu melihat orang lain yang berada di luar bas, riak mukanya, apa yang sedang dilakukannya, meneka apa yang mereka sedang fikirkan dan lain-lain.

Mungkin kerana hobi saya yang suka memerhati.

Jika kita menaiki kereta sendiri, maka kita terpaksa fokus pada pemanduan dan kita sukar untuk memerhati apa yang berlaku di luar.

Selain itu, saya dapat melihat alam raya dengan lebih teliti. Padi, bukit, matahari terbit dan terbenam, burung-burung berterbangan.

Semuanya seperti ingin memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang mengatur alam ini sehingga ia kelihatan benar-benar sempurna.

Dan tidak lain aturan itu datang dari Allah SWT.

Jika saya tidak memerhati, maka saya akan fokuskan untuk membaca di dalam bas.

Saya lebih mudah menghabiskan buku di dalam bas berbanding di tempat lain.

Dan di atas 3 sebab inilah, saya memilih untuk menaiki sebuah bas.

Anda pula bagaimana? Kongsikan. Moga saya juga boleh berminat untuk menaiki kenderaan yang anda minat.

One thought on “Kenderaan Yang Diminati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s