Belajar dari Gaza

Standard

PALESTINIAN-ISRAELI-CONFLICT-GAZA-STADIUM

Belajar dari Gaza.

Entah kenapa beberapa hari ini saya banyak belajar dari Gaza. Bumi yang keluasannya tidak sebesar mana namun kehebatan ahlinya tidak mampu disangkal oleh sesiapa. Walau dengan penuh tekanan, mereka tetap mampu bangkit melawan seluruh dunia!

Ya, kini Gaza sedang diserang oleh Israel. Puak yang menjajah bumi Palestin sesuka hati tanpa kerelaan penduduknya. Walau seluruh dunia mengakui hakikat itu, tiada siapa pun yang mampu bertindak ke atas Israel. Hanya kerana mereka memegang kekuasaan dunia sehingga semua kuasa besar dunia tunduk di bawahnya.

Gaza memang menarik. Mendengar cerita dari orang yang pernah menziarahinya, membuatkan saya cemburu tidak habis dengan mereka. Mereka kata tempat ini lebih seronok pergi berbanding melancong di bumi Eropah.

Biar betul?

Mungkin kerana suasananya yang begitu hidup dengan nuansa islami membuatkan para pengunjungnya merasa rindu akan suasana sedemikian. Keramahan para penduduknya, ketabahan jiwa, kekentalan semangat perjuangan untuk menebus kembali tanah mereka dari penjajah benar-benar mengesani jiwa orang biasa seperti kita ini.

Sudah 27 hari perang sudah berlangsung. Israel makin nampak kegilaannya di dalam mahu menghancurkan Gaza. Namun Gaza terus tetap bertahan dan Al-Qassam terus membuat misi yang menyebabkan Israel dan dunia terlopong dengan kehebatan mereka.

Mungkin mereka lupa, hamba Allah yang rapat dengan-Nya akan mendapat bantuan dari para malaikat di langit. Allah mencampakkan rasa ngeri dan takut kepada mereka walau mereka penuh dengan kekuatan tentera yang paling maju di seluruh dunia.

Gaza.

Memang banyak yang boleh aku pelajari darimu. Teruskan mengajarkanku erti hidup sebagai seorang muslim yang bermaruah.

Moga Allah mengurniakan padaku rezeki untuk menziarahimu suatu hari nanti, duhai Gaza.

Luahan hati saudaramu,
-Hanif MS, 2014-

One thought on “Belajar dari Gaza

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s