Bermewah atau Berjimat?

Standard

1

Dalam dunia yang semakin berkembang dari hari ke hari, seringkali persoalan ini bermain-main di dalam benak kepala.

“Mahu bermewah atau berjimat?”

Dan tidak ramai yang berfikir sedalam itu?

Al-maklum, siapa yang tidak mahu mengikuti perkembangan teknologi yang berkembang dari waktu ke waktu?

Pada hari ini sahaja, sudah kedengaran desas-desus I-Phone 6 yang akan keluar di pasaran.

Membuatkan diri rasa tertanya, sejauh mana sebenarnya kita perlu menggunakan teknologi secanggih itu?

Adakah ia suatu keperluan? Atau sekadar ingin memuaskan rasa kehendak di jiwa?

Dan kita sedar, duit kita tidaklah sebanyak mana, tapi keinginan mengikuti peredaran semasa juga seakan menjadi prioriti dalam dunia milineum ini.

Maka, saya ingin mengajak anda berbuat sedemikian.

Dalam setiap perbelanjaan, perlu kita sering bertanya soalan ini.

“Adakah ia suatu keperluan atau kehendak?”

Dan jawapan yang kita pilih akan membawa kepada keputusan seterusnya iaitu kita ini orang yang bermewah atau berjimat?

Selamat membuat pilihan kerana boleh jadi pilihan tersebut, akan memberi kesan kepada diri anda pada masa yang mendatang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s