Rasa Lemah

Standard

1
Hari bersilih ganti.

Ada masa kita rasa kuat dan ada masa kita rasa lemah.

Di mana pun kita berada, perasaan itu akan sentiasa datang.

Mungkin kerana kita hanya seorang manusia.

Yang memiliki perasaan.

Ada kala kita terluka.

Ada kala kita pula melukakan.

Mungkin masa ini perlu dihargai dengan sebaiknya.

Dengan kita melihat kembali pada diri.

Sejauh mana kita bergantung pada Allah yang Maha Kuasa.

Dengan kesibukan dunia ini, mungkin menyebabkan kita turut sibuk melupankan-Nya.

Rasa lemah adalah lumrah.

Kerana kita hamba pada-NYA.

Namun, hiasilah perasaan lemah itu dengan membina semula kekuatan.

Agar kembali kuat.

Untuk bertarung dengan dunia yang penuh cabaran dan liku.

Yang sentiasa menarik penduduknya ke lembah yang hina.

Moga lemah itu, mengajar kita agar sentiasa kuat berpegang pada Alah.

Walau dalam apa keadaan dan masa.

Terus kuat, duhai diri yang lemah.

Tiada daya melainkan dengan izin Allah semata.

-Hanif MS, 2014-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s