Berhenti Membandingkan

Standard

1

Pernah seseorang membandingkan aku dengan orang yang lain.

Kata beliau kepadaku, “Kenapalah awak tak boleh jadi macam si dia.”

Dan entah mengapa kata-katanya benar-benar mengesani diriku sehinggalah ke hari ini.

Tiada siapa yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain.

Dan boleh jadi kata orang tersebut, telah menjadikan aku cenderung membandingkan diriku dengan orang lain secara automatik.

Dan aku sedar ia bukanlah satu sikap yang bagus.

Tanpa disedari, ia menghancurkan rasa percaya diriku ke tahap yang lemah dan mudah pecah.

Seringkali keberadaan orang yang jauh lebih hebat dariku, menyebabkan aku rasa kecil tiada daya.

Sedangkan aku tahu aku memiliki kelebihan yang tersendiri.

Namun rasa percayaku menghalang diri untuk menonjolkan ia.

Perbandingan yang membuat hidup tiada keruan dan tidak bermakna.

Dan ini perlu segera berhenti.

Supaya ia tidak memamah masa depanku ke arah yang suram.

Buat anda yang suka membanding-bandingkan diri orang lain.

Berhentilah.

Setiap kita Allah beri kelemahan dan kekurangan.

Syukuri ia dan bina semula kepercayaan diri sendiri.

Pasti ada sesuatu nilai yang Allah kurniakan pada diri kita yang melebihi dari orang lain.

Cari ia dan manfaatkan ia untuk ummah.

Bukan masa untuk membandingkan.

Tetapi terus berusaha untuk memberi.

Memberi sebanyak-banyaknya supaya dapat menempat syurga di sana.

Kehidupan yang abadi dan penuh nikmat.

Yang tak mampu dibayang dek akal, mata dan telinga.

-Hanif MS, 2014-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s