Perisa Kehidupan

Standard

1
Hidup ini ada banyak perisanya.

Macam pelik bukan?

Andai kita pergi ke kedai kopi, kebiasaannya semasa kita melihat di dalam menu, ada pelbagai perisa yang siap-sedia untuk dihidangkan.

Ada perisa vanila, coklat, strawberry, karamel dan lain-lain lagi.

Dan setiap dari satu perisa itu memberi rasa dan kepuasan yang berbeza dan tersendiri.

Begitu juga dengan hidup kita, ada perisa tersendiri yang perlu dirasai supaya hidup ini tidak statik dan membosankan.

Bagaimana mahu rasa gembira, jika tiada rasa sedih.

Bagaimana mahu merasai nikmat sebuah kejayaan, andai tiada nikmat sebuah kegagalan.

Semua itu adalah perisa-perisa kehidupan yang akan membuat hidup kita jadi lebih bermakna!

Bermula dari hari ini, lihat apa yang terjadi dalam hidup sebagai sebuah perisa.

Anggap apa yang berlaku, ibaratnya kita sedang merasai perisa yang baru.

Mungkin kita tidak suka, tetapi hayati perisa tersebut dengan sifat reda dan syukur.

Kerana suatu hari nanti, kita akan hilang sifat deria rasa itu bila saat kematian itu memanggil tanpa dijemput.

Selamat merasai perisa-perisa kehidupan!

-Hanif MS, 2014-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s