4 Cara Meyukai Diri Sendiri

Standard

1

Apa yang anda sukakan pada diri anda?

Seringkali dalam kita menghadapi kehidupan, kita sering membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain.

Hal ini menyebabkan kita sukar rasa gembira dengan apa yangkita ada dan cenderung memikirkan persoalan seperti berikut.

“Kalaulah aku pandai macam dia, mesti aku dapat MUMTAZ setiap tahun.”

“Kalaulah suara aku sedap seperti dia, mesti aku pun boleh perform atas pentas macam dia.”

Dan senarai ini boleh berpanjangan berdasarkan situasi yang kita hadapi setiap hari.

Perbandingan ini kadangkala menguntungkan dan kadangkala merugikan.

Mengapa saya berkata sedemikian?

Ia akan jadi menguntungkan, andai kita berusaha untuk menjadikan ia sebagai tempat untuk kita bersaing dan meningkatkan diri ke arah yang lebih baik.

Namun ia bakal merugikan, andai kita hanya berdiam diri dan tidak membuat sebarang tindakan.

Lebih merbahaya, kita rasa benci akan diri sendiri yang tidak memiliki kelebihan itu.

Lagi bahaya, kita tidak lagi bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan pada diri kita.

Nauzubillahi min zalik!

Moga Allah jauhkan.

Maka, apa nak buat?

1- Syukuri apa yang kita ada sekarang.

Kita masih lagi mampu bernafas, kita cukup makan, kita ada duit untuk hidup.

Senaraikan.

Terlalu banyak nikmat Allah yang diberikan pada kita sama ada kecil atau pun yang besar yang perlu disyukuri setiap hari.

2- Fokus pada kekuatan kita.

Cari dalam diri, apa kekuatan kita. Bina ia dan kembangkan.

Selalu fokus pada kelemah diri akan menyebabkan kita terlupa apa kekuatan yang telah kita sedia ada.

3- Belajar dari orang yang anda cemburu itu.

Berjumpa dan tanyakan pada mereka bagaimana cara mereka berjaya.

Dari kita sibuk cemburukan mereka, belajar dengan mereka.

Moga dengan cara itu, kita juga bakal memperolehi kejayaan seperti mereka pada masa akan datang.

4- Belajar menyukai diri sendiri apa adanya.

Lihat dalam cermin.

Tiada siapa yang sama dengan kita.

Kita adalah orang yang tersendiri yang datang dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Hargai diri sendiri supaya kita boleh menghargai orang lain.

Belajar menyukai diri, agar kita lebih ghairah dalam menghadapi sebuah kehidupan.

Demi meraih kejayaan dunia dan akhirat yang kita idam-idamkan.

Moga bermanfaat dan selamat menyukai diri sendiri!

-Hanif MS, 2015-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s