Ambil Risiko

Standard

1

Mengambil risiko.

Berapa ramai orang yang sanggup mengambil risiko untuk dia meraih sebuah kejayaan?

Memang hidup ini akan ada risiko yang perlu dibayar untuk meraih kejayaan yang lebih tinggi.

Kejayaan yang bukan biasa-biasa, tetapi LUAR BIASA!

Mungkin ini lebih banyak dihadapi oleh orang yang berniaga dalam lingkungan duit 5 angka ke atas.

Tetapi ia boleh jadi, dalam kita menghadapi sebuah kehidupan.

Kita akan berhadapan dengan risiko-risiko yang ada di dalam setiap stesen membuat keputusan.

Sebagai contoh, dalam isu belajar.

Dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, kita bakal berhadapan dengan risiko sebuah kegagalan.

Dan banyak lagi contoh-contoh yang ada.

Risiko itu memang ada bagi setiap pilihan yang kita lakukan dalam hidup.

Tinggal kita menerima risiko itu sebaiknya dan melihat ia sebagai satu ruang untuk belajar meningkatkan diri dari hari ke hari dan seterusnya.

Usah membuat rumah di pantai, jika takut dipukul ombak.

Usah menjalani kehidupan yang hebat, andai tidak mahu menghadapi risiko.

Selamat mengambil risiko bagi meraih sebuah kejayaan yang bermakna buat diri.

-Hanif MS, 2015-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s