Mencuba Sehingga 66 Hari

Standard

1

Ramai orang yang mahu mencuba.

Tapi tak ramai orang yang sanggup bertahan, sehingga cubaannya itu menjadi suatu yang bermakna bagi kehidupannya.

Sebagai contoh, tabiat bersenam.

Ramai orang boleh mencuba sekali-dua untuk bersenam.

Tetapi tak ramai yang mampu untuk meneruskan perbuatan bersenam itu sehingga ke akhir hayatnya.

Kalau ada buat, mungkin kadang-kala.

Bukankah bersenam itu akan menjaga kesihatan dan mencergaskan badan?

Ada kajian, bagi sesuatu perkara itu ingin menjadi tabiat dalam hidup, kita perlu laksanakan ia selama 66 hari berturut-turut.

Selagi tidak sampai ke 66 hari itu, kita akan mudah berhenti atau tidak meneruskan lagi tabiat yang baik itu.

Dan ini boleh juga diaplikasikan dalam meninggalkan perbuatan yang buruk dan tidak menyihatkan.

Mari kita bersama buat eksperimen ini.

Sejauh mana kita mampu bertahan untuk melaksanakan sesuatu sehinggalah mencapai 66 hari supaya ia menjadi satu tabiat yang sukar dinyahkan daripada kehidupan kita.

Rekodkan berapa hari yang kita mampu buat. Tinggal sehari, mula balik daripada kosong.

Mari kita cuba dan moga tabiat baik yang kita ingin tanamkan itu jadi konsisten dan berkekalan dalam hidup kita. InshaAllah😉

-Hanif MS, 2015-

-Hanif MS, 2015-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s