Hilang Fokus

Standard
1
Hilang fokus.

Dalam hidup, ada masa kita akan mula rasa letih dalam mengharungi sebuah kehidupan.

Mungkin atas sebab tekanan hidup dan permasalahan yang dihadapi membuat diri mula letih untuk meneruskan usaha.

Usaha bagi meraih impian atau matlamat yang dihajatkan.

Maka, apa perlu buat?

Berehat seketika untuk mengumpul semula tenaga bagi meneruskan sebuah perjalanan.

Mungkin dengan tidur sebentar, bercuti ke mana-mana dan tinggalkan sebentar kesibukan yang merajuti kebanyakan masa kita.

Mungkin juga boleh berhenti sejenak untuk merenung, menilai dan berfikir.

“Adakah kesibukan kita ini benar-benar berada dalam landasan yang benar atau sebaliknya?”

“Adakah kesibukan yang kita lalui ini, berbaloi untuk dunia dan akhirat kita?”

Moga dengan jawapan tersebut, kita bakal menemukan sebuah semangat dan kekuatan yang baru dalam menempuh kehidupan yang seterusnya.

Kerana sekali-sekala perlu hilang fokus, supaya kita mampu fokus untuk perkara-perkara yang seterusnya.

Semoga bermanfaat.

-Hanif MS, 2015-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s