Bersangka Baiklah Dengan Allah!

Standard

Image

Bersangka baiklah pada Allah atas apa yang telah terjadi pada dirimu.

Bersangka baiklah pada Allah bahawa dia akan mengampuni segala dosamu.

Bersangka baiklah pada Allah bahawa dia akan memberi kita kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW;. Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu.” [Jami’ Al-Tirmizi]

Maka, Bersangka baiklah dan teruskan bersangka baik pada Allah yang telah menciptakan kita!

Hati-Hati Dalam Bersangka-sangka

Standard

Selagi mana persangkaan yang kita cipta itu tidak diuraikan, selagi itu ia masih kekal di dalam lingkungan persangkaan yang kita tidak ketahui sejauhmana kebenarannya.

Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Maka, Berhati-hatilah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Al-Hujurat:12