Fikirkan Boleh!

Standard

Bila kita ragu-ragu dengan kebolehan yang kita ada, nescaya kita tidak mampu meledakkan potensi kita yang sepenuhnya.

Oleh itu, fikirkan boleh dan jangan ragu dengan kemampuan anda!

Teringat lagu ini, yang begitu memberi inspirasi bila Malaysia menang dalam acara badminton semasa saya sekolah rendah dahulu.

Fikirkan BOLEH!!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh 

p/s: Nak dengar lagu ni,bolehlah cari di google atau youtube. Dan saya yakin ANDA BOLEH mencarinya 😛