Harapan Ummah -FETYA

Video

FETYA – Harapan Ummah | Official Music Video
Lagu & Lirik : Fuad Jamil
Susunan Muzik : Adnin Roslan
Mastering : FETYA Studio

Single ketiga daripada kumpulan FETYA.

Dewasa ini, kita sering melihat umat ini dipermainkan, diperkotak-katikkan dan dibelenggu dengan permainan musuh. Umat ini sentiasa dihina dan dimusuhi dek kerana perjuangannya yang ingin menegakkan Islam. Apakah masih ada harapan bagi umat ini kembali ke zaman kegemilangannya? Apakah masih ada harapan bagi umat ini meraih rasa izzah dalam diri?
Jawapannya, YA! Jika kita benar-benar kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan kembali merasa izzah dengan Islam yang kita anuti. Hanya Islam sahaja harapan bagi umat ini. Tiada yang lebih tinggi dan agung kecuali berpegang dengan agama Islam yang suci ini!

Inilah Harapan Ummah.

Dokumentari FETYA | Nasyid Bukan Sekadar Hiburan

Standard

Sebuah Dokumentari FETYA.
Mengisahkan perjalanan ringkas kumpulan nasyid FETYA yang sedang melakar perjalanan mereka di persada nasyid tanah air.

Tiada yang diinginkan kecuali menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada masyarakat umumnya dan para daie khususnya. Bersama kembali membawa Islam berada pada tempatnya!

Hidup ini tiada lain adalah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah dan membawa manusia kembali kepada Allah! Maka mereka (FETYA) mengunakan bakat yang ada untuk membawa manusia kembali mengenal Allah!

Kerana itulah..

“Nasyid Bukan Sekadar Hiburan”

Bahkan lebih dari itu..

Fetya’s Fanpage : https://www.facebook.com/pages/Fetya/292253737461755
Brainpower Production’s Channel: http://www.youtube.com/user/hazimazhar?ob=0
Brainpower Production’s Fanpage :https://www.facebook.com/pages/Brainpower-Production/148002061912700?ref=ts