Harapan Ummah -FETYA

Video

FETYA – Harapan Ummah | Official Music Video
Lagu & Lirik : Fuad Jamil
Susunan Muzik : Adnin Roslan
Mastering : FETYA Studio

Single ketiga daripada kumpulan FETYA.

Dewasa ini, kita sering melihat umat ini dipermainkan, diperkotak-katikkan dan dibelenggu dengan permainan musuh. Umat ini sentiasa dihina dan dimusuhi dek kerana perjuangannya yang ingin menegakkan Islam. Apakah masih ada harapan bagi umat ini kembali ke zaman kegemilangannya? Apakah masih ada harapan bagi umat ini meraih rasa izzah dalam diri?
Jawapannya, YA! Jika kita benar-benar kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan kembali merasa izzah dengan Islam yang kita anuti. Hanya Islam sahaja harapan bagi umat ini. Tiada yang lebih tinggi dan agung kecuali berpegang dengan agama Islam yang suci ini!

Inilah Harapan Ummah.