Permulaan Hari

Standard

Image

Kita bangun pagi setiap hari, tanpa menyedari bahawa ia adalah hari yang baru untuk kita.

Mungkin kerana kita tidak menyambutnya sebagaimana sambutan tahun baru mungkin.

Dan apabila kita tidak menghargai hari yang baru ini.

Kebiasaannya, kita kurang mengisi hari tersebut dengan sebaiknya.

Maka, mari kita mulakan hari ini dengan penuh ceria, bersemangat dan kuat!

Rancang apa yang ingin kita lakukan dan laksanakan ia sebaiknya.

Moga hari ini adalah diri anda yang baru, makin baik dari hari ke hari dan seterusnya.

Teruskan membina diri!

Hari Yang Terus Berjalan

Standard

Image

Setiap hari umur kita meningkat.

Sedar tak sedar, dari bayi menjadi kanak-kanak, dari kanak-kanak menjadi remaja, dari remaja menjadi pemuda dan seterusnya kita berjalan menurut fasa manusia.

Jika ditanyakan pada orang yang tua, maka akan dikatakan sebentar sahaja waktu kehidupan ini. Pejam celik, pejam celik sudah beruban dan berjanggut.

Berbeza pula apabila ditanyakan pada orang muda, maka mereka akan katakan , “hidup lama lagi, maka enjoylah.”

Namun, hakikatnya hidup ini akan terus berjalan tanpa mengira siapa pun anda.

Maka, manfaatkanlah masa yang anda ada atas muka bumi ini dengan sebaiknya.

Kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita, mungkin cepat atau lambat.

Wallahu a’alam.

 

Hari Ini = Today

Standard

Antara Hari Ini, Semalam dan Esok.

Between Today, Yesterday and Tomorrow.

Tiada siapa dapat mengubah perkara telah berlaku sebelumnya.

Dan tiada siapa yang mampu mengetahui apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Hanya pada hari ini sahaja yang kita ada pilihan untuk melakukan sesuatu yang kita inginkan.

Saat ini, ketika ini dan di waktu ini.

Maka, apa yang kita pilih untuk dilakukan sekarang akan menentukan apa yang berlaku pada masa akan datang.

Jika positif, maka ia akan menatijahkan sesuatu yang postif pada masa akan datang.

Dan jika ia negatif, maka boleh jadi ia akan menatijahkan suatu yang negatif juga pada masa akan datang.

Oleh itu, perhatikan apa yang kita sedang lakukan hari ini, kerana ia berkait dengan masa akan datang.

Biarkan apa yang telah berlalu, semalam, seminggu, sebulan atau setahun yang lalu. Dan fokuskan pada hari ini. Kerana ia merupakan realiti yang kita sedang tempuhi.

Moga hari ini penuh dengan manfaat!

p/s: Orang putih menamakan apa yang telah berlaku sebagai “past” , akan datang “future”, dan apa yang sedang berlaku sebagai “present” (hadiah), maka gunakan hadiah tersebut dengan sebaik mungkin. Apa guna dapat hadiah, bila kita tidak gunakan ia?