Beza Kita Dan Sahabat

Standard

Image

Dalam kita menjalani kehidupan ini, kadangkala kita tertanya.

“Bagaimana untuk kita mampu menjadi sebagaimana para sahabat?”

Sanggup berkorban masa, tenaga, harta bahkan nyawa demi menegakkan Islam.

Tapi bila kita lihat balik pada diri kita, sifat di atas seperti sangat jauh dengan diri kita.

Kemudian mulalah kita mencipta alasan bagi menyokong kelemahan kita seperti ini, “Sahabat dekat dengan Rasulullah, kita pula jauh sudah tentu berbeza keadaan kita dengan mereka.”

Namun, aku tertanya diri sendiri.

Logikkah alasan ini untuk disampaikan kepada Allah ketika di akhirat nanti?

Jadi, aku terus memerhati dan berfikir.

Di dunia ini juga, ada orang yang berjaya dan ada yang gagal dalam hidupnya.

Perbezaan mereka cumalah satu iaitu usaha.

Siapa yang paling kuat berusaha, maka dialah yang berjaya.

Lalu saya membuat kesimpulan terakhir, beza kita dengan generasi sahabat adalah pada usaha.

Tak mustahil untuk kita dapat masuk syurga sama tingkat dengan sahabat, jika usaha kita pun sehebat sahabat.

Allah hanya menilai usaha kita, kerana hasilnya Allah yang akan berikan.

Selamat berusaha!