Masalah..

Dalam kita meniti kehidupan seharian, nak tak nak kita akan menemukan permasalahan dalam hidup. Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah pelajaran dan pelbagai masalah lagi yang kalau nak disebutkan memang tak akan habis.
Memang seronok kalau bab bercerita tentang masalah ini kepada semua orang. Biar semua orang tahu, kita ini bermasalah. Mungkin fitrah manusia yang sukakan perhatian orang lain.
Namun, hakikatnya masalah itu datang untuk menguji kita. Sejauh mana kita berusaha untuk menyelesaikannya.
Kerana Allah tidak akan sekali-kali menguji kita tanpa melihat pada kemampuan kita dalam menghadapinya…
Firman Allah, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”
Maka bila kita rasakan bahawa masalah itu terlalu berat untuk dihadapi, merintihlah di hadapan Allah, minta kekuatan agar Allah bantu kita menghadapi masalah ini dengan sebaik-baiknya.
Tak berjaya juga? Luahkan pada teman-teman atau ahli keluarga yang boleh dipercayai, mungkin mereka boleh membantu memberikan jalan keluar.
Carilah apa carapun untuk menyelesaikan masalah tersebut selagi mana ia masih berada di bawah lingkungan syariat Allah s.w.t.
Hakikatnya, masalah datang untuk menguatkan kita. Selagi mana kita tak selesaikan masalah tersebut, selagi itu ia akan datang menghambat kita.
Jadikan masalah sebagai asam garam kehidupan. Tanpa masalah, mungkin kita tidak akan merasa kenikmatan hidup yang sebenar.
Jangan kita rasa, kita seorang sahaja yang menghadapi masalah. Setiap orang ada masalah tersendiri dan terpulang bagaimana setiap dari kita menghadapinya.
Terus berbahagia dengan masalah yang datang. Anggap ia sebagai sebuah batu loncatan untuk kita berjaya dan makin rapat dengan Allah s.w.t
Wallahu a’lam..
Selamat menyelesaikan sebarang masalah yang hadir dalam hidup…Terus bersemangat!!
Liberalisme

-gambar hiasan-
Liberalisme memilik beberapa asas,
Yang pertama ialah kebebasan mutlak hatta undang-undang dunia dan larangan agama pun tidak boleh menghalangnya dari melakukan sesuatu yang dia kehendaki.
Yang kedua ialah bersifat individualistik yakni berlawanan dengan fitrah manusia yang perlu hidup dalam keadaan bermasyarakat.
Yang ketiga ialah semua perkara dinisbahkan secara logik akal, kalau ikut akal baik, maka ia baik, kalau tidak maka tidak baik. Tiadanya peranan syariat di situ.
Beberapa contoh kumpulan-kumpulan yang membawa idealogi Liberalisme dengan nama Islam, Sisters in Islam (Malaysia), Islamic Renaissance Front (Malaysia) dan Jaringan Islam Liberal (Indonesia)
Liberal-suatu konsep bebas tanpa had, sebagai seorang individu bebas untuk melakukan apa sahaja. Tiada siapa yang boleh menghalang apa yang saya buat atau saya nak buat.
Islam Liberal
- mereka melihat Islam ini perlu dirasionalkan. Untuk Islam ini relevan untuk masa kini, maka ia perlu dibentuk mengikut keadaan semasa dan rasional dengan kemajuan sekarang.
3 Aspek:
1.Liberalisasi dalam Aqidah- setiap agama sama sahaja dengan Islam, semua orang dapat masuk syurga tanpa mengira agama dan kefahaman mereka. Allah itu Tuhan bagi semua agama.
2.Liberasasi dalam Syariah- mereka merasionalkan segala hukum di dalam Al-Quran.
3.Liberalisasi dalam Quran- Al-Quran ini hanya sesuai pada zaman Nabi sahaja. Mana ayat yang sesuai masa kini kita ambil, mana yang tak kita ubah sedikit supaya relavan.
Siapa yang cenderung terkesan dengan pemikiran Islam Liberal ini?
1- Mereka adalah golongan yang rasa inferiority complex dengan agama Islam, mereka rasa agama Islam ini telah mengongkong mereka. Untuk menjadi seorang muslim yang lebih maju, kita terpaksa menilai balik Islam kita.
2-Mereka terlalu kagum dengan kemajuan orang Barat lalu cenderung untuk mengikut jejak langkah mereka. Pada hal, Barat kini sedang mengalami sistem keruntuhan akhlak dan kehancuran institusi masyarakat yang sangat dahsyat.
Wallahu a’lam.
p/s: Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua dari terjebak dengan fahaman Liberalisme yang akan mengesani keimanan kita sedikit sebanyak terhadap Allah s.w.t.
Mana-mana yang salah tu, sila-silakanlah ditegur untuk diperbetulkan.
Nota Tentang Tarbiyah

1. Cara yang paling ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui perkataan atau secara tidak langsung melalui keteladanan untuk memproses perubahan diri manusia menuju ke arah kondisi yang lebih baik. (Dr. Ali Abdul Hamid)
2. Muhammad Qutb menggambarkan proses tarbiyah seperti menggesek biola. “Ia menganalisa fitrah manusia itu secara teliti, lalu menggesek seluruh tali dan seluruh nada yang dimiliki oleh tali-tali itu, kemudian menggubahnya menjadi suara yang merdu. Di samping itu, ia juga menggesek tali-tali secara menyeluruh, bukan satu demi satu yang akan menimbulkan suara sumbang dan tidak serasi. Tidak pula menggeseknya hanya sebahagian dan mengabaikan bahagian yang lain, yang menyebabkan iramanya tidak sempurna dan tidak mengungkapkan irama yang indah hingga sampai ke tingkat gubahan yang paling mengesankan.” Kesan dari tarbiyah tersebut akan melahirkan manusia bekerja dengan rajin, produktif dan aktif sepanjang tahun.
3. Tarbiyah adalah method perubahan yang bersifat fundamental. Ia merubah individu manusia dari akar-akarnya. Seluruh keperibadian muslim mesti mendapat sentuhan pembinaan untuk membentuk mereka menuju ke arah pengoptimaan potensi, pengembangan diri, peningkatan keupayaan menuju ke arah kesempurnaan dan kebaikan. (Khalid Ahmad Asy-Syantuh)
4. Tarbiyah adalah proses membangun, menumbuh, memelihara dan mengembang sehingga mencapai tahap kesempurnaan.
5. Menurut Abdul Rahman Al-Bani, ada 4 unsur penting di dalam tarbiyah:
a)Menjaga dan memelihara fitrah objek yang ditarbiyah
b)Mengembang bakat dan potensi objek yang dididik sesuai dengan keunikan masing-masing
c)Mengarahkan potensi dan bakat ke arah kebaikan dan kesempurnaan.
d) Seluruh proses tersebut dilakukan secara bertahap.
Wallahu a’lam.
(dipetik dari Buku Tarbiyah Dari Zero ke Hero tulisan Ust Azizee Hasan)
p/s: Sejauh mana keseriusan kita dalam mengikut tarbiyah?
Nota Tentang Pemuda

1. Golongan pemuda merupakan agen perubahan yang paling penting dalam sesebuah negara.
2. Pemuda berada pada titik kekuatan yang terletak di antara 2 titik kelemahan iaitu semasa kecil dan semasa tua.
3. Kebanyakan dalam sejarah terdahulu, para pemudalah yang menjadi tulang belakang terhadap sesuatu kebangkita sesebuah bangsa.
4. Oleh kerana pemuda memainkan peranan penting dalam sebuah kebangkitan, maka akan muncul beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap semangat pemuda demi kepentingan peribadi mahupun politik.
5. Kelemahan para pemuda ialah kurangnya upaya untuk membuat keputusan dan penilaian dek kerana kurangnya pengalaman hidup. Dan perlunya bimbingan dan tunjuk ajar dari orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman dalam hidup.
6. Sesuatu idea ataupun keinginan mampu diterjemahkan kepada sebuah realiti bila ada penglibatan daripada golongan pemuda.
p/s: Adakah anda seorang pemuda? Maka anda merupakan aset bagi sesebuah negara. Maka mula bertindak segera untuk menjadi seorang pemuda yang menjadi tiang harapan umat, negara dan agama!!
Ibrah Dari Sebuah Kematian
Hari ini hari berjalan sebagaimana biasa. Cuma kali ini, dikejutkan dengan sebuah pengumuman dari masjid berdekatan yang mengumumkan berlakunya kematian seseorang yang tidak aku kenali. Memang lumrah di mesir, jika ada kematian berlaku, maka masjid akan mengumumkan bahawa arwah fulan bin fulan telah meninggal dunia.
Aku terus melakukan kerjaku yang masih banyak yang belum berjaya disiapkan. Sehinggalah tiba waktu azan Zohor, aku terus teringatkan wasiat As-Syahid Hasan Al-Banna yang pertama iaitu “Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.”
Lalu aku terus bingkas bangkit meninggalkan kerjaku dan terus untuk pergi bersiap ke masjid.

Sebaik sahaja aku memasuki masjid, aku terlopong seketika melihatkan ada sekujur jenazah yang terbaring di belakang masjid bersama dengan beberapa orang yang aku rasakan mereka ada darah daging dengan si mati.
Dan aku melihat dan mengamati sebentar wajah mereka yang kelihatan duka dan sedih. Dan kelihatan jemaah lebih ramai berbanding kebiasaanya.
Lalu aku terus berlalu untuk mengambil wudu’ dan seterusnya menunaikan solat Zuhur berjemaah. Sebaik sahaja selepas solat sunat, sang imam pun mengajak para makmum untuk menunaikan solat jenazah. Dan para makmum dingatkan oleh sang imam berkenaan kaifiat solat jenazah yang dilakukan dengan 4 takbir.
Setelah selesai, jenazah pun diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan. Aku pun mengikutinya sehingga ke luar masjid dan jenazah pun dibawa masuk ke dalam ambulans yang akan menghantarnya ke tanah perkuburan yang bertempat di
Aku pun pulang dan terlintas di benakku beberapa perkara….
1- Setiap manusia akan menghadapi kematian. Sejauh mana aku telah mempersiapkan diri ku?
2-Seandainya aku mati esok, apakah yang akan dikatakan oleh orang-orang di sekeliling ku? Adakah mereka akan memuji kebaikanku atau mereka mengeji kejahatanku?
3-Mati itu datang tiba-tiba. Tiada siapa yang boleh tahu dan estimate bila kematiannya. Maka sentiasa berwaspada wahai diri!!
4-Orang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.
5-Bagaimana aku mahu cipta kematianku? Adakah sehebat para sahabat yang syahid berjuang di medan perang atau mati di atas katil sebagaimana orang biasa?
6-Bagaimana nasibku di alam kubur kelak? Bagaimana nasibku ketika akhirat kelak? Adakah aku tergolong di dalam golongan ahli syurga atau sebaliknya?
p/s: Tiada siapa tahu bila aku mati melainkan Allah s.w.t….Boleh jadi sebaik sahaja aku tekan publish post di blog ini…Malaikat maut terus mencabut rohku…Ya Allah hidupkanlah aku di dalam keimanan dan matikanlah aku di dalam keimanan, matikanlah aku dalam keadaan aku sedang melakukan ketaatan kepadaMU bukannya ketika aku melakukan maksiat terhadapMU!!