Takut Gagal?

Standard

Pernahkah anda merasa takut akan sesuatu?

Takut pada sesuatu perkara yang belum terjadi hinggakan ia betul-betul terjadi apabila tiba masanya.

Sebagai contoh, kita akan mengambil sebuah peperiksaan besar tidak lama lagi.

Walaupun tempoh masa untuk mengulangkaji pelajaran masih ada, namun disebabkan kita terlalu merasa takut untuk gagal, telah menyebabkan kita tidak berjaya mengulangkaji dengan baik sehingga apabila kita menghadapi peperiksaan tersebut, kita tidak berjaya menjawabnya dengan baik.

Dan ini menjadi satu isyarat bahawa adalah sangat penting untuk kita mengawal perasaan kita dengan sebaiknya, apabila kita bertemu dengan sesuatu masalah atau ujian hidup.

Jika dari awal lagi kita sudah menyerah kalah pada rasa ketakutan tersebut maka besar kemungkinan kita akan menerima pulangan sebagaimana yang kita takuti itu.

Oleh itu, jangan menyerah kalah sebelum berjuang! Sebab sangat bahaya apabila kita sudah memiliki mental kekalahan atau kegagalan sebelum memasuki medan yang sebenar.

Dan yang terakhir, jangan takut sangat, sebab ia masih belum terjadi dan kita masih ada masa untuk memastikan kemenangan berada di pihak kita.

Wallahu a’alam dan moga bermanfaat.

p/s:Moga Allah beri kita kekuatan dalam menghadapi ketakutan itu yang sebenarnya dibisikkan oleh syaitan kerana lemahnya iman kita pada waktu tersebut. Maka, banyakkan bersandar pada Allah dan usaha sungguh-sungguh!

Tinggalkan komen