Hidup Dengan Quran

Standard

1
Hidup di bawah bayangan Quran.

Macam menarik, bukan?

Tapi padanya ada.
Ketenangan.
Keberkatan.
Kegembiraan.

Buat manusia yang benar-benar hidup di bawahnya.
Bukan sekadar dibuat bacaan harian semata-mata.
Tetapi membaca dan mengamalkannya dalam setiap genap kehidupan mereka.

Tidak cukup buat diri mereka sendiri.
Mereka kongsikan rasa nikmat ini dengan mengajak teman-teman yang lain.
Agar hidup bersama mereka.
Meninggalkan kehidupan di bawah jahiliah yang benar-benar menyesakkan jiwa dan membuat hidup sengsara.
Walau ditentang, walau dihina, walau dikeji oleh saudara-saudara mereka.
Mereka tetap terus teguh dalam menyampaikan hakikat ini.

Bahawa hidup di bawah bayangan Al-Quran itu.
Adalah sebaik-baik nikmat.
Yang telah Allah kurniakan buat hamba-NYA atas muka bumi ini.

[Inspirasi daripada Muqaddimah Zilal]
-Hanif MS, 2015-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s